Latar Belakang Program

image post
Tujuan


  • Karnival Wajadiri IPT kali ke-3 dan Makan Malam Perdana ini adalah anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Malaysia dengan tema Mahasiswa Berjiwa Panglima dalam usaha untuk melahirkan serta memupuk keaslian budaya di kalangan mahasiswa khususnya dan masyarakat Melayu amnya melalui Seni Silat Cekak Malaysia.
Pengenalan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mula bertapak di UiTM Shah Alam sejak tahun 1974. Pada ketika itu, persatuan ini bergerak di bawah nama Kelab Seni Silat Cekak Malaysia yang telah diusahakan atas daya inisiatif Allahyarham Jamaludin Abdul Rahman serta sokongan padu dari badan induk PSSCM sendiri. Kelab Seni Silat Cekak Malaysia ITM (nama institusi pada ketika itu) yang ditubuhkan ini bermula dengan Allahyarham Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad sendiri yang mengajar ahli-ahlinya.

Berkat ketabahan dan keikhlasan pemimpin serta ahli-ahlinya, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia ITM telah mampu bergerak maju dan cergas serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampus. Kelab Seni Silat Cekak Malaysia ITM ini seterusnya telah ditukarkan nama kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ITM (PSSCM ITM) pada tahun 1979 sebagai mengiktiraf kepentingan kegiatan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada masyarakat kampus. Bagi menyesuaikan sistem persilatan dengan sistem akademik, maka pada tahun 1980, Hal Ehwal Pelajar (HEP) ITM telah memberikan taraf ko-kurikulum kepada PSSCM ITM.

Pada 17 Mei 2000, Yang DiPertuan Agong Malaysia telah memperkenan untuk meluluskan Akta UiTM (Pindaan 2000). Dengan itu, nama ITM dengan secara rasminya telah ditukar kepada UiTM. Bersesuaian dengan pertukaran tersebut, maka nama persatuan ini juga telah ditukar kepada PSSCMUiTM.

Kini PSSCMUiTM telah bergiat aktif selama 34 tahun di kampus UiTM Malaysia dan masih lagi menerima taraf ko-kurikulum serta bergiat aktif di empat (4) kelas latihan cawangan UiTM iaitu Kampus Jalan Othman, Kampus Puncak Perdana, Kampus Puncak Alam dan Kampus Shah Alam. Adalah diharapkan dengan sokongan dari pihak HEP UiTM Malaysia dan kerjasama yang padu di kalangan ahli PSSCMUiTM, persatuan ini dapat terus bergerak aktif demi menegakkan dan menerapkan nilai cintakan Agama, Bangsa dan Negara kepada seluruh warga kampus UiTM Malaysia.

Abstrak

Karnival Wajadiri IPT Kali Ke - 3 :
Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Kebangsaan 2009

Karnival Wajadiri IPT Kali Ke - 3 : Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Kebangsaan 2009” adalah satu program Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM (PSSCMUiTM Malaysia). Sebelum ini, Karnival Wajadiri IPT yang pertama  telah dianjurkan oleh PSSCM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Karnival Wajadiri IPT kali ke-2 telah di anjurkan oleh PSSCM British Malaysia Institute (BMI) dengan penyertaan seramai 26 IPT dan PSSCMUiTM telah mengharumkan nama dengan memenangi 4 pingat iaitu pingat perak untuk kategori ke-2 puteri, pingat emas untuk kategori ke-3 putera, pingat gangsa bagi kategori ke-4 puteri dan juga telah diiktiraf sebagai Pasukan Harapan Keseluruhan. Oleh yang demikian maka kali ini pihak PSSCMUiTM Malaysia berasa berbangga kerana dapat menganjurkan Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3.

Secara umumnya, kita dapat lihat bahawa banyak program yang berbentuk wajadiri telah diadakan, tetapi pada kali ini pihak PSSCMUiTM Malaysia mengambil inisiatif untuk menjayakan program wajadiri khusus untuk kategori Silat Cekak bagi semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negara. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi melahirkan penuntut Silat Cekak di IPT yang berperwatakan dan berkebolehan dalam pelbagai lapangan berasaskan kepada sistem pendidikan wajadiri yang berteraskan kepada disiplin yang tinggi  dan semangat berpasukan yang jitu.

Dengan adanya program  yang berbentuk persilatan seperti ini dan melibatkan penuntut-penuntut di IPT ianya dapat mendidik para penuntut ke arah memartabatkan Seni Silat Cekak di kalangan warga IPT. Program ini akan dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Objektif Program

Perlaksanaan program ini dirangka bagi mencapai beberapa objektif yang telah digariskan dalam memenuhi impian dan matlamat seperti yang tertera di mukasurat sebelumnya. Objektif-objektif yang dimaksudkan adalah:-
  1. Membentuk peribadi penuntut Silat Cekak ke arah mendisiplinkan diri terutama dalam memperkenalkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia melalui Demonstrasi.
  2. Menjadikan program ini sebagai satu landasan kepada para penuntut Silat Cekak dalam memupuk semangat setiakawan dan tahap disiplin yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu demonstrasi.
  3. Merapatkan hubungan ahli persatuan terutama dikalangan IPT.
  4. Melahirkan warga kampus yang menghargai nilai-nilai budaya yang ada di negara ini.
  5. Menanamkan minat Mahasiswa khususnya dan warga kampus amnya untuk mempelajari ilmu bagi mempertahankan diri.
  6. Mempromosikan Ilmu Mempertahankan diri yang terdapat di negara ini.

Anjuran

Karvival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 dan Makan Malam Perdana ini akan dianjurkan oleh PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM MALAYSIA  dengan kerjasama agensi berikut:-
  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS)
  • KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM MALAYSIA)
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK ALAM
  • PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)

Penglibatan

Penyertaan adalah terdiri daripada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seperti berikut:

   1. PSSCM Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technologies (UniKL MIAT)
   2. PSSCM Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Intitute (UniKL BMI)
   3. PSSCM Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)
   4. PSSCM Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Marine Technology (UniKL MIMET), Perak
   5. PSSCM UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI)
   6. PSSCM International Islamic University of Malaysia (IIUM)
   7. PSSCM Centre For Foundation Studies International Islamic University of Malaysia (CFSIIUM)
   8. PSSCM Universiti Putra Malaysia (UPM)
   9. PSSCM Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM)
  10. PSSCM UiTM Kampus Jalan Othman.
  11. PSSCM UiTM Kampus Puncak Perdana.
  12. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seksyen 17
  13. PSSCM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  14. PSSCM Politeknik Shah Alam
  15. PSSCM Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  16. PSSCM Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPM)
  17. PSSCM Kuala Lumpur International Infrastructure University (KLIUC)
  18. PSSCM Institut Profesional Baitumal, Cheras
  19. PSSCM Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  20. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jengka
  21. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis
  22. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun
  23. PSSCM Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
  24. PSSCM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pertak
  25. PSSCM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bachok
  26. PSSCM Kolej Yayasan Melaka (KYM), Melaka
  27. PSSCM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
  28. PSSCM Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian
  29. PSSCM Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  30. PSSCM Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  31. PSSCM Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
  32. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perak
  33. PSSCM Politeknik Ungku Omar, Perak
  34. PSSCM Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Melaka
  35. PSSCM Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
  36. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Merbok
  37. PSSCM Kolej MARA Kulim, Kedah
  38. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pulau Pinang
  39. PSSCM Kolej Pergigian, Pulau Pinang
  40. PSSCM Kolej Lagenda, Negeri Sembilan
  41. PSSCM Kolej Negeri, Negeri Sembilan
  42. PSSCM Kolej Pem. Perubatan, Negeri Sembilan
  43. PSSCM Kolej Profesional MARA (KPM), Beranang
  44. PSSCM Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  45. PSSCM Advance Technology Centre (ADTEC), Melaka
  46. PSSCM Kolej Profesional MARA, Melaka
  47. PSSCM Kolej UNITI, Melaka
  48. PSSCM Universiti Teknologi MARA (UiTM), Alor Gajah
  49. PSSCM Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian
  50. PSSCM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
  51. PSSCM Institut Kemahiran MARA (IKM), Besut
  52. PSSCM Politeknik Dungun, Terengganu
  53. PSSCM Universiti Darul Iman (UDI), Terengganu
  54. PSSCM Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan
  55. PSSCM Kolej Politech MARA
  56. PSSCM Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah

*22 peserta dari setiap IPT(56 x 22) = 1232 peserta

Tagged : silat cekak, kwd 2009, wajadiri, uitm, karnival